Shafie Apdal masih calon PM – Tun M

0
2

DATUK Seri Mohd Shafie Apdal masih satu daripada calon Perdana Menteri, kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun kerajaan negeri pimpinan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu tumbang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, Dr Mahathir masih mahu mencalonkannya sebagai Perdana Menteri.

“Dia masih satu daripada candidate (calon) lah,” katanya ringkas ketika ditemui di Langkawi.

Dr Mahathir dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada calon yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan berharap ia akan menjadikan negeri itu lebih stabil.

“Saya ucap tahniahlah kepada mereka yang menang, saya harap dengan ini keadaan di Sabah akan jadi lebih stabil, tak ada lagi percubaan untuk rampas kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu turut menyatakan kekecewaannya atas kegegalan Warisan.

“Saya kecewalah, saya harap rakyat Sabah menolak orang yang menggunakan cara tak betul untuk mengambil alih kerajaan kerana mereka sengaja meruntuhkan kerajaan dengan upah kepada orang yang duduk lompat.

“Kalau ini menjadi satu amalan kita di Malaysia, tamatlah demokrasi kerana siapa saja yang ada duit boleh beli mana-mana kerajaan,” katanya. – Malaysiapost