MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan memanggil satu sidang Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri bagi membincangkan isu Tarekat Naqsyabandiah al-Alryyah Syeikh Nazim al-Haqqani yang hangat diperkatakan umat Islam di Malaysia.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berkata pihaknya akan menjemput pembentang yang terlibat dalam kontroversi tersebut iaitu Dr Muhammad Ayman Al-Akit.
Katanya, pembentang lain yang berbeza pandangan juga akan dijemput untuk membentangkan hujah dan justifikasi masing-masing bagi memastikan proses tersebut lebih adil dan ilmiah.
“Seterusnya ahli jawatankuasa akan menilai dan membuat keputusan fatwa berkaitan dengannya.
“Pembentangan hujah tersebut nanti akan direkod dan akan diuar-uarkan kepada umum sekiranya perlu untuk pihak awam mengetahui keadilan serta kebenaran berdasarkan hujah dan fakta yang sahih,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dr Mohd Asri berkata umum mengetahui polemik tentang Tarekat Naqsyabandiah al-Alryyah Syeikh Nazim al-Haqqani hangat diperkatakan susulan keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKi kali ke-117 pada 2020 yang dilihat tidak jelas.
Katanya, keputusan itu juga menyebabkan pelbagai pendapat dikeluarkan oleh banyak pihak yang menyentuh keputusan tersebut.
“Periu diketahui bahawa, pengeluaran sesuatu fatwa rasmi khususnya berkaitan aspek penguatkuasaan dan pelaksanaannya terletak dalam bidang kuasa negeri-negeri selaras kedudukan raja sebagai Ketua Agama Isiam di negerinya, seperti termaktub dalam Perkara 3 (2) Periembagaan Persekutuan.
“Hakikatnya, Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani ini telah difatwakan sesat di banyak negeri dan ada yang telah mewartakannya.
“Adapun Perlis masih belum membuat sebarang fatwa rasmi berkaitan dengannya sebelum ini,” katanya lagi. – Malaysiapost

