‘Tidak ada masalah pun debat bulan Ramadan’ – Kadir Jasin bidas Najib

0
2
KUALA LUMPUR, 14 Mei -- Ketua Media dan Komunikasi bagi Majlis Penasihat Kerajaan Datuk A Kadir Jasin pada sidang media selepas mesyuarat tertutup Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

WARTAWAN Veteran, A Kadir Jasin menyifatkan debat antara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu selepas Ramadan.

Menerusi hantaran ringkas di Facebooknya, beliau berkata, tiada masalah untuk kedua-dua pihak itu berbuat demikian walaupun di bulan puasa, kecuali memang ada pihak berniat untuk bercakap bohong.

“Bahas boleh dibuat bila-bila masa, termasuk Ramadan, kecuali ada pihak yang berasa mereka kena cakap bohong,” tulisnya dalam hantaran itu.

Terdahulu, media melaporkan, Najib yang juga berkas Perdana menteri bersedia dan bersetuju mengadakan debat bersama Anwar.

Bagaimanapun, Najib berkata, sesi perdebatan itu akan dilakukan selepas bulan Ramadan ini bagi memberi laluan umat Islam menjalani ibadah puasa.

“Itu nanti kita sedang runding, mungkin selepas bulan Ramadan sebab pada bulan ini ramai yang kata tak sesuai sebab kita nak bagi tumpuan pada ibadat,” katanya.

Najib sebelum ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi, namun Naib Presiden PKR itu perlulah memanggil Anwar untuk berdebat sama.

Anwar kemudian dalam satu kenyataan menyahut seruan debat daripada Najib dan menyatakan bahawa beliau bersedia pada bila-bila masa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here