Kit Siang tolak jawatan Mentor DAP

0
1

AHLI Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang akan menolak jawatan sebagai Mentor DAP.

Veteran DAP itu dilantik jawatan tersebut selepas pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2022-2025 bulan lalu.

Perkembangan itu disahkan anaknya yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Menurut Guan Eng, bapanya pernah berkata, tiada siapa boleh bersara daripada politik selagi masih hidup dan apabila politik memberi kesan besar kepada kehidupan seharian kita. Seseorang hanya boleh bersara daripada memegang jawatan dan kedudukan.

“Atas sebab ini Kit Siang akan menolak jawatan sebagai Mentor DAP,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Bagaimanapun Guan Eng memaklumkan, Kit Siang akan terus mengambil berat tentang politik sebagai aktivis biasa DAP.

“Ia untuk mengejar Impian Malaysia yang mengiktiraf setiap rakyat Malaysia secara saksama dengan memberikan tawaran yang adil dan peluang sama untuk berjaya,” katanya lagi.

Bulan lalu, Kit Siang mengumumkan bersara daripada politik namun dilantik sebagai Mentor DAP oleh kepimpinan baharu parti itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here