Ebit sebak lihat anak muda ‘berumah’ di tepi jalan

0
2

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew sebak melihat keadaan anak-anak muda di Pekan Baru, Indonesia yang hidup berkhemah di jalanan.

Ebit berkongsi beberapa foto memaparkan khemah didiami mereka hanya menggunakan botol, batang buluh serta kain sepanduk.

“Sebak hati sayu bila di Pekan Baru Indonesia ternampak anak muda remaja berkhemah di jalanan.

“Mereka merantau begini dengan vespa. Baik-baik anak ini semua. Ada seorang 14 tahun sampai 20 tahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ebit berkata, walaupun kali pertama berjumpa mereka, namun seolah-olah seperti sudah lama mengenali.

Malah dia turut membelikan mereka pakaian bersih untuk solat.

“Mereka gembira sangat. Masa berbual cerita solat dan mak ayah. Bila kata Allah sayang. Mereka jadi sebak. Waktu peluk anak-anak ini menangis.

“Berulang kali mereka ucap terima kasih Pak. Terlalu banyak ni semua. Sedih rasa. Semoga adik semua baik-baik sahaja ye. Dipermudahkan Allah segala urusan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here