Elak pindaan Perkara 10 Perlembagaan disalahguna – Muhyiddin

0
2
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba kira-kira pukul 12.43 tengah hari di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

PINDAAN Perlembagaan yang bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) menghalang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri )ADUN) digubal, mesti dibuat secara berhemah, teliti dan berhati-hati, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Pagoh, ketiak membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 di sidang khas Dewan Rakyat, hari ini menzahirkan kebimbangan pindaan itu akan menyekat kebebasan wakil rakyat bersuara menentang pemimpin parti yang salah.

Justeru katanya, sekiranya pindaan Perkara 10 Perlembagaan dibuat, beliau mencadangkan agar ‘ouster clause’ (klausa penyingkiran) dalam Seksyen 18c Akta Pertubuhan 1966 dikaji semula.

“Ini untuk memberikan ruang kepada Ahli Parlimen yang terkesan dengan RUU Anti Lompat Parti mendapat keadilan di mahkamah sebelum beliau dikehendaki mengosongkan kerusinya.

“Ia penting bagi mana-mana kerajaan yang memerintah pada masa akan datang tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan RUU anti Lompat Parti yang boleh dipinda dengan sokongan majoriti mudah bagi mendiskriminasi mana-mana Ahli Parlimen,” katanya.

Menurutnya, jika adanya rayuan ahli yang dipecat daripada parti hanya boleh dibuat kepada majlis tertinggi parti yang tentunya dikawal oleh pemimpin parti.

“Saya fikir sekiranya inilah kedudukan undang-undang yang akan terpakai, maka tidak akan ada Ahli Parlimen yang berani menegur pemimpin parti yang melakukan kesilapan dan kemungkaran, yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kerana bimbang akan dipecat daripada parti dan seterusnya hilang kerusi Parlimen yang disandang.

“Ahli-ahli Parlimen yang mewakili kehendak rakyat akan di bisu dan di diamkan oleh ‘cabal’ yang mengawal parti politik. Dengan itu kita mendahulukan kepentingan parti politik sebelum rakyat,” katanya.

Muhyiddin berkata, pertimbangan paling utama mestilah untuk menegakkan hak dan keadilan kerana ia adalah fungsi utama Perlembagaan dan undang-undang di negara ini, manakala Ahli Parlimen adalah penjaganya.

Menurutnya, secara dasar beliau bersetuju supaya pindaan perlembagaan dibuat untuk membolehkan sebuah undang-undang yang menghalang tindakan lompat parti dalam kalangan Ahli Parlimen dan ADUN digubal.

“Pindaan ini mestilah dibuat secara berhemah, teliti dan berhati-hati. Saya menyokong ia dibawa ke sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mestilah jelas maksudnya iaitu untuk membuat sekatan hanya ke atas Ahli Parlimen untuk meninggalkan partinya dan menyertai parti lain.

“Pindaan ini tidak boleh merangkumi perkara lain, ia boleh dikira menyekat kebebasan berpesatuan Ahli Parlimen dan ADUN yang dibenarkan undang-undang,” katanya.

Beliau khuatir pindaan perlembagaan itu merangkumi maksud terlalu luas hingga boleh disalahguna di kemudian hari untuk menafikan hak dan kebebasan wakil rakyat untuk menyatakan kebenaran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here