Ustazah Asma’ tegur model muslimah pakai baju raya ketat, seksi

0
2

PENCERAMAH bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil menegur penampilan model muslimah iklan baju raya yang berpakaian ketat dan seksi walaupun bertudung.

Menerusi hantaran ringkas di Facebooknya, Asma’ mengakui berasa malu kerana ketika ini ramai model baju raya yang bertindak demikian tanpa menghiraukan bulan Ramadan.

“Segan sungguh melihat ramainya model iklan baju raya seksi pakai ketat menampakkan lekuk badan walaupun bertudung dengan gambar dan video yang menggiurkan.

“Hormatlah bulan Mulia ni, jangan langgar larangan Allah demi habuan dunia,” katanya.

Hantaran yang dimuat naik malam tadi itu, mendapat reaksi pelbagai daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan Asma’, selain memuji tindakan berani penceramah berkenaan menegur perkara mungkar.

Maryam Marissa berkata: “Alangkah beruntungnya dan bersyukur kerana kita ada insan yg ikhlas menegur tak jemu-jemu menasihati walaupun ramai yang kecam,” katanya.

Ahmad Shobirin Adon: “Tengah fikir kalo kita sebagai Designer & Pembekal produk yg melanggar perintah Allah SWT, Allahhh.. Kemungkaran dibawa sebagai saham akhirat,” katanya.

Amirul Nur Gkc berkata: “Terima kasih ustazah kerana berani memberi teguran di media sosial. Sentiasa mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Semoga segala urusan ustazah dipermudahkan,” katanya.

Malah, ada antara netizen yang menyifatkan teguran itu wajar memandangkan sifat ‘malu’ di kalangan wanita Islam semakin hilang berikutan terjebak dengan trend di media sosial.

Asma’ antara tokoh agama yang sering memberi teguran membabitkan pelbagai isu masyarakat Islam di negara ini termasuk yang terbaharu isu konsert Justin Bieber. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here