Liew Chin Tong dilantik Ketua Pembangkang DUN Johor yang baharu

0
2

MAJLIS Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Johor yang bermesyuarat di Muar pada Jumaat lalu bersetuju melantik Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baharu.

Kepimpinan PH Johor dalam satu kenyataan bersama memberitahu surat pemakluman mengenai perkara itu dihantar ke Pejabat Jurutulis Negeri, semalam.

Menurut kenyataan itu, Chin Tong yang memenangi kerusi DUN Perling dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini akan menggembleng komitmen wakil rakyat blok pembangkang untuk memainkan peranan secara konstruktif dalam dewan demi kebaikan negeri Johor.

“Pada masa sama kami berharap agar reformasi DUN Johor sepertimana yang telah dirintis oleh Kerajaan PH dapat diteruskan.

“Antaranya adalah dapat mengiktirafmengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang, mewujudkan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, melantik wakil rakyat pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negeri dan pemberian peruntukan sama rata kepada semua ADUN termasuk pembangkang,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Ketua PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Timbalan Ketua DAP Johor Teo Nie Ching.

PH Johor turut mengingatkan kerajaan negeri pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi terhadap pengumuman peruntukan kepada wakil-wakil rakyatrakyat oleh bekas Menteri Besar yang lalu Datuk Hasni Mohammad melalui Belanjawan Johor 2022. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Liew Chin Tong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here