Beli ‘barang ori’ dengan tiga kali bayar

0
2

MEMBANTU orang ramai memilik barangan original berjenama, ahli perniagaan dan pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection, Nor Rafidah Khairuddin menawarkan pembelian secara ansuran sebanyak tiga kali.

Sejak lapan tahun lalu, bermula sebagai ‘personal shopper’ di Montreal, Kanada hingga kini memiliki empayar perniagaan di tanah air, dia percaya kemahuan dan keinginan sesiapa saja boleh dipenuhi.

“Jika dulu hanya golongan tertentu saja boleh memakai dan membeli barangan berjenama mewah. Dengan apa yang Sellection diusahakan, semua skeptikal dan pandangan itu berjaya ditepis.

“Kini orang biasa tak kira usia dan sosial status pun boleh pakai beg, aksesori atau tas tangan berjenama dengan harga berpatutan. Semua individu layak dan berhak waima mereka seorang surirumah, peniaga kecil, guru dan sebagainya,” kata Rafidah.

Kata Rafidah lagi, perniagaannya bukan sekadar menjual barang semata-mata.

Tetapi dia memberi nilai dengan membantu pelanggan memilih barangan diingini dengan harga terbaik.

Malah dengan tawaran pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga kali memberikan jenama itu peluang untuk membantu pelanggan merancang kewangan bulanan.

“Sekarang impian pelanggan jadi kenyataan walaupun mulangan hanya angan-angan. Termasuk memiliki tas tangan yang sesuai dengan penampilan, gaya dan acara tertentu.

“Bahkan ada pelanggan yang beli berulang kali kerana senang dengan cara kami,” katanya lagi.

Katanya, dia percaya semua wanita dan lelaki sentiasa ingin kekal cantik, segak dan berketrampilan, namun mereka ada komitmen tertentu untuk berbelanja.

“Bila Sellection memberikan ansuran tiga kali, pelanggan sangat gembira sebabnya mereka masih boleh rancang kewangan tetapi tetap boleh bergaya dengan barangan berjenama dan berkualiti antarabangsa,” katanya

Istimewanya pelan ansuran yang ditawarkan adalah hanya membayar deposit kali pertama dan pelanggan boleh terus memiliki apa yang diingini.

“Bererti mereka tak perlu lagi untuk menunggu sehingga bayaran akhir, baru nak pakai handbag. Semuanya sangat mudah dan cepat dengan hanya melayari www.sellection.com atau Facebook Branded Handbags By Rafidah ,”

katanya.- Malaysiapost

Klik link untuk lihat pilihan-pilihan menarik yang ditawarkan kepada pelanggan : https://m.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here