Annuar bantu mangsa kemalangan motosikal dalam hujan lebat

0
2

TULAR di media sosial memaparkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan, hari ini.

Menerusi ciapan di laman Twitter, ketika kejadian Annuar dalam perjalanan pulang dari Putrajaya sebelum melalui kawasan kemalangan itu.

Kredit Foto: Bernama

“Menteri @kkmm_gov @AnnuarMusa bantu penunggang motosikal, Jamal Shanker yang kemalangan akibat hujan lebat di Lebuhraya Kerinci Link menghala Sri Hartamas.

“MenKOMM dalam perjalanan pulang dari Putrajaya terserempak kejadian itu, terus bantu dan dapatkan ambulan untuk mangsa,” tulis ciapan.

Kredit Foto: Bernama

Rata-rata pengguna laman media sosial memuji tindakan Annuar yang sanggup turun daripada kenderaan dan memegang payung untuk penunggang motorsikal itu bagi mengelakkanya terkena hujan.

“Bravo, tahniah kerana menjadi seorang yang bertanggungjawab,” kata Suez.

Kredit Foto: Bernama

“Tadi lalu sini tak perasan ada Annuar Musa. Syukur ada kereta besar itu bantu halang kenderaan lain datang dekat ke kawasan mangsa. Bahaya sebab hujan lebat. Terima kasih Datuk,” kata Tonkssie. – Malaysiapost

Kredit Foto: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here