Universiti Harvard: PM bangga pencapaian enam pelajar Malaysia

0
2

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada enam pelajar muda Malaysia yang mencipta sejarah diterima masuk ke Universiti Harvard, antara universiti terkemuka dunia.

Perdana Menteri berkata, ia merupakan satu pencapaian membanggakan buat Malaysia.

“Tahniah saya ucapkan kepada enam pelajar muda tanah air yang akan menjejakkan kaki ke Harvard College, sekolah peringkat sarjana muda bagi Universiti Harvard yang merupakan universiti terkemuka dunia.

“Enam pelajar ini adalah Chooi Je Qin dari Johor; Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang; Carisma Michaela Wong dari Sabah; Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur dan Alyssa Yap Xin Yi dari Sarawak,” katanya menerusi hantaran Facebook sebentar tadi.

Ismail Sabri turut memaklumkan kesemua mereka akan menamatkan pengajian pada tahun 2026.

“Semoga beroleh kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Anda adalah kebanggaan Keluarga Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here