Najib ingatkan Tun M jangan lupa terawih

0
2

DATUK Seri Najib Razak secara sinis memberi respon terhadap serangan terbaharu Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya yang disampaikan menerusi sebuah gurindam.

“Jangan lupa malam ni Terawih, ya Tun,” tulis Ahli Parlimen Pekan itu ringkas di Facebooknya sambil memuatnaik hantaran Dr Mahathir ‘Sebut Nama’.

Terdahulu hari ini, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang menyindir Najib yang masih popular walaupun telah dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM220 juta.

“Jangan sebut nama Najib kerap. Dia akan jadi lebih popular.

“Lupakan sahaja nama Najib. Lupakan dia curi duit. Lupakan dia dibicara dan didapati salah. Dia dihukum 12 tahun penjara dan denda dua ratus dua puluh juta ringgit.

“Jangan sebut. Kalau sebut nama Najib dia akan lebih disukai ramai. Orang yang popular dalam negara demokratik akan jadi pemimpin, jadi Perdana Menteri pun,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here