7 burung spesies Macaw dirampas

0
2

TUJUH hidupan liar disyaki spesies burung Macaw dirampas dari sebuah kenderaan milik persendirian di Jalan Kota Bharu ke Gua Musang, Kelantan pada 2 April lalu.

Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), memaklumkan kenderaan terbabit diperiksa oleh anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Kelantan.

“Hasil pemeriksaan tersebut telah merampas tujuh hidupan liar disyaki spesies burung Macaw.

“Rampasan ini dilakukan susulan pemilik kenderaan gagal mempamerkan dokumen penyimpanan daripada Jabatan PERHILITAN bagi menyimpan kesemua hidupan liar terbabit,” katanya menerusi Facebook.

Menurut PERHILITAN, satu laporan polis telah dibuat mengenai operasi ini.

“Kesemua barang rampasan akan diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716],” katanya.

Sehubungan itu, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kerjasama yang diberikan berhubung operasi ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here