Varian baharu Omicron XE belum jejak di Malaysia – KJ

0
2

MALAYSIA tidak merekodkan sebarang kes bagi varian Omicron XE baharu setakat ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau perkembangan mutasi baharu yang lebih menular berbanding mana-mana varian Covid-19 yang lain itu.

Menurutnya, KKM sedang mengikuti perkembangan dan mengkaji ciri-ciri varian itu yang pernah dilaporkan di negara lain termasuk Thailand bagi mengenal pasti kadar kejangkitan dan keseriusannya kepada pesakit.

“Varian Omicron, misalnya mempunyai bilangan kes yang lebih tinggi daripada Delta tetapi tahap keseriusannya adalah purata berbanding Delta, justeru unit rawatan rapi (ICU) tidak penuh seperti sebelum ini.

“Kita perlu meneliti varian baharu ini yang berlaku di negara lain, sama ada kadar kejangkitannya atau keseriusannya tinggi, barulah kita ambil langkah sewajarnya,” katanya seperti dilapor NST, hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan telah memberi amaran tentang Omicron XE, mutasi baharu bagi varian Omicron, yang lebih menular daripada varian Covid-19 yang lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here