MySejahtera: Pertikaian dua syarikat tiada kaitan dengan KKM – KJ

0
1
https://www.facebook.com/photo/?fbid=489731622523466&set=pb.100044598962055.-2207520000..

PERTIKAIAN undang-undang melibatkan dua syarikat berhubung MySejahtera tiada kaitan dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menterinya, Khairy Jamaluddin menegaskan bagi pihak KKM, kerajaan memiliki semua data yang disimpan dalam pangkalan data MySejahtera, modul dan juga jenamanya.

“Inilah sebab bila saya dipanggil Dewan Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), saya pergi. Saya nak beri keyakinan kepada orang ramai bahawa saya tiada apa yang nak disembunyikan.

“Bagi saya aplikasi ini penting. Kita guna untuk Covid-19, vaksinasi, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) maya. Terimalah yang kita masih menggunakan sistem MySejahtera.

“Anda mungkin ada kebimbangan berkenaan penjelasan saya. Apa yang saya jelaskan di Dewan Negara dan PAC adalah keadaan yang sebenar. Data adalah milik KKM, data itu selamat dan ia berpangkalan di pelayan di Malaysia dan dimiliki KKM,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, hari ini.

Menurut Khairy, perjanjian penjualan saham menyebabkan perkara itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melibatkan pertikaian antara P2 Asset Management Sdn Bhd dan tiga pihak lain Entomo Malaysia Sdn Bhd, Revolusi Asia Sdn Bhd dan MYSJ Sdn Bhd.

Entomo sebelum ini dikenali sebagai KPIsoft Malaysia Sdn Bhd dan bertanggungjawab menggunakan perisiannnya untuk membangunkan MySejahtera.

Menurut laporan Bernama, P2 Asset Management memfailkan saman terhadap Entomo, Revolusi Asia and MYSJ berkaitan 10 peratus pegangan saham dalam Revolusi Asia, yang memegang hak milik penuh MYSJ. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here