Azri tak mengaku penulis blog Papagomo

0
2

BEKAS Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris sekali lagi memfailkan penafian dirinya sebagai penulis blog Papagomo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Wan Muhammad Azri yang masih lagi digantung keahlian Umno membuat penafian dalam kes saman fitnah oleh Lim Guan Eng dan anaknya Clint Lim Way Chau.

Malaysiakini melaporkan, beliau mengulangi penafiannya dalam afidavit soalan sebagai menjawab hujahan dikemukakan oleh kedua-dua beranak itu.

Penafian terbaharu sebagai Papagomo terkandung dalam afidavit difailkan pada 8 Mac lalu.

Dalam pemfailan terbaru mahkamah, ahli Umno itu juga menafikan dirinya membuat hantaran berunsur fitnah itu di Facebook pada 14 Mac 2020.

Interogatori 1, iaitu benarkah kamu juga dikenali dengan nama timangan dan/atau gelaran “Papagomo”?

Jawapan: Tidak.

Interogatori 2, iaitu benarkah pada tahun 2020, khususnya pada 14 Mac 2020, kamu memiliki akaun Facebook di bawah nama “Papa Azri”, di mana nama dan / atau rujukan kepada pemilik akaun sebagaimana yang boleh dilihat di laman Facebook tersebut, ialah “Papa Azri”?

Jawapan: Tidak.

Guan Eng dan anaknya memfailkan saman fitnah terhadap Azri pada 15 Okt 2020, di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang, yang mendakwa bahawa Clint membawa wang tunai RM2 juta yang tidak diisytiharkan ke Singapura. Tuntutan itu adalah berhubung hantaran di Facebook yang didakwa bertarikh 14 Mac, awal tahun itu.

Pada Jun tahun lalu, dilaporkan bahawa Wan Muhammad Azri dalam pernyataan pembelaannya menafikan dirinya sebagai Papagomo. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here