PH beri komitmen penuh luluskan RUU Anti Lompat Parti

0
3

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) memberi komitmen bahawa semua Ahli Parlimen parti itu akan memberi sokongan untuk meluluskan Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti).

Majlis Presiden PH, berkata pimpinan utama parti telah mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan RUU berkenaan yang dijadualkan pada 11 April ini.

“Perdana Menteri memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 sepertimana yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.

“Majlis Presiden PH memberi komitmen penuh bahawa kesemua Ahli Parlimen PH akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan Pindaan Perlembagaan ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyatan itu lagi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah membangkitkan isu MySejahtera yang dimiliki sebuah syarikat negara asing dalam pertemuan sama.

“Isu ini perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat,” katanya.

Kenyataan bersama itu dibuat boleh Anwar yang juga Presiden PKR; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here