Covid-19: PM doakan kesembuhan Agong, Raja Permaisuri

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di akaun Facebook malam tadi, Perdana Menteri berkata seluruh Keluarga Malaysia turut menitipkan doa yang sama buat Seri Paduka berdua.

“Patik dan seluruh Keluarga Malaysia mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,” katanya dalam hantaran itu.

Kelmarin, media melaporkan, Al-Sultan Abdullah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara hingga Khamis ini setelah disahkan positif Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Raja Permaisuri Agong pula menjalani kuarantin sama hingga Jumaat ini setelah turut disahkan positif Covid-19.

“Seri Paduka berdua hanya mengalami gejala ringan. Kesihatan Seri Paduka berdua secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here