‘Rafizi boleh debat dengan saya dulu tebus kekalahan lalu’

0
3
isham jalil

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menyifatkan Rafizi Ramli sebagai bukan ‘level’ Datuk Seri Najib Razak untuk diajak berdebat.

Isham berkata, Naib Presiden PKR itu yang menghilang selama empat tahun daripada pentas politik negara, sekadar menggunakan Najib untuk meraih populariti.

“Rafizi ini bukan ‘level’ Bossku (Najib) untuk dia debat. Dia cuma nak tumpang glamor Bossku sahaja selepas dia (Rafizi) menghilang empat tahun supaya dia dapat cari publisiti semula,” katanya menerusi Facebook.

Isham berkata, Rafizi sepatutnya terlebih dahulu berdebat dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga akan menjadi persaingnya bagi merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan akan datang.

“Saya ingat sebelum dia debat dengan Bossku, baik dia debat dengan Saifuddin Nasution dulu.

“Ataupun dia boleh debat dengan saya. Dulu dia (Rafizi) pernah kalah semi-final semasa saya menang pemidato terbaik debat Piala Perdana Menteri tahun 1991.

“Tahun 1992 baru dia menang. Sekarang mungkin dia nak ulang debat dengan saya. Saya ok dan tunggu saja.

“Tapi saya rasa dia segan nak debat dengan saya. Sebab nanti kalau auta dia tidak dapat lawan fakta, mungkin dia akan merajuk hilang lagi empat tahun, wallahualam,” katanya.

Dalam pada itu, Isham turut menawarkan diri berdebat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, media melaporkan, Rafizi bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Najib bagi merungkai isu-isu ketika pentadbiran dan selepas pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

“Saya setuju untuk berdebat dengan Najib, kalau mana-mana pihak nak jemput saya berdebat boleh cuma masalahnya saya yakin Najib tidak akan setuju,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, Najib dan Rafizi saling berbalas kenyataan berhubung isu kemelut Sapura Energy Bhd di media sosial masing-masing. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here