AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berpendapat bukan sesuatu yang menghairankan apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba membentuk kerjasama baharu dengan pembangkang.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong, berkata ia kerana Muhyiddin pernah bekerjasama sebelum ini dengan mereka dalam pilihan raya umum sebelum ini.
“DAP jumpa tak…? Kalau Muhyidin jumpa pun apa nak hairan. Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mereka dalam geng yang sama.
“PAS pun pernah bersama DAP. Betul tak? soalnya sinis dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau merujuk kepada laporan media berhubung dakwaan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu bertemu Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan sokongan menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Shamsul Anuar berkata, rakyat perlu berfikir adakah kerjasama baharu yang cuba dibentuk itu yang diharapkan untuk memerintah negara.
“Jadi anda fikirlah. Boleh ke kita harapkan mereka memerintah negara ini?” katanya. – Malaysiapost
Kredit Foto: Facebook Shamsul Anuar Nasarah

