Warisan Plus tumbang, GRS bentuk kerajaan

0
3

PARTI Warisan Sabah dan sekutunya (Warisan Plus) gagal mempertahankan kuasa di negeri itu apabila tumbang kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

GRS secara tidak rasmi memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan apabila menang 37 kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.50 malam.

GRS adalah gabungan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebentar tadi turut mengumumkan GRS memenangi PRN Sabah.

Warisan Plus setakat ini hanya memperoleh 15 kerusi, manakala dua kerusi dimenangi calon Bebas. – Malaysiapost