Pusat hiburan tanpa lesen diserbu

0
2

SEBUAH pusat hiburan di Jalan Tun Razak yang beroperasi tanpa lesen diserbu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, malam tadi.

Dalam serbuan jam 11.30 malam itu, seramai 97 pelanggan dikompaun mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 sebanyak RM1,000 bagi setiap seorang.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah, berkata kompaun itu dikenakan terhadap 60 pelanggan lelaki dan 37 pelanggan wanita.

“Serbuan juga telah menahan lapan lelaki bukan warganegara dan dua wanita bukan warganegara yang disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen dan Sekyen 55B Akta Imigresen.

“Seorang lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis turut ditahan kerana gagal mengemukan lesen perniagaan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya polis turut merampas dua speaker, dua televisyen, empat mikrofon, amplifier dan peralatan lain serta wang tunai sebanyak RM111.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here