Guru KAFA didakwa rotan pelajar hingga cedera

0
2

SEORANG bapa mendakwa anaknya cedera pada bahagian badan akibat dirotan oleh seorang guru di sebuah sekolah al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Cheras pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa pelajar terbabit pada jam 9.05 malam Selasa lalu.

“Lelaki warga tempatan itu mendakwa anaknya dirotan oleh guru sekolah KAFA berkenaan susulan anaknya meminta rakan yang duduk di bahagian depan kelas menanggalkan songkok kerana sukar melihat tulisan di papan putih.

“Siasatan awal polis mendapati, guru terbabit telah merotan pelajar berkenaan sebanyak lima kali hingga mengakibatkan badannya mengalami kesan calar dab menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dalam melengkapkan siasatan, pegawai Penyiasat kes telah hadir ke sekolah berkenaan namun dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa guru terbabit sedang bercuti dan kini berada diluar kawasan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kes ini.

“Polis ingin menegaskan sebarang bentuk kekerasan ke atas pelajar sekolah dianggap kes serius,” katanya

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here