Jangan kongsi status permohonan pengeluaran khas di media sosial – KWSP

0
2

PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibenarkan membuat permohonan pengeluaran khas bermula hari ini, dinasihatkan supaya tidak berkongsi status permohonan mereka di media sosial.

KWSP dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya mengingatkan perkara itu agar ahlinya tidak menjadi mangsa penipuan atas talian susulan pengeluaran yang dibuat.

“Berhati-hati! ‘Scammer’ sentiasa memerhatikan anda. Jangan jadi mangsa scammer.

“Jangan kongsi status permohonan Pengeluaran Khas anda di media sosial. Scammer sentiasa memerhatikan tindakan anda!” pesanan KWSP.

Sementara itu dalam satu lagi hantaran, KWSP memaklumkan portal Pengeluaran Khas mula dibuka tengah malam tadi.

“Permohonan boleh dilakukan di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

“Sila rujuk panduan pengguna dan soalan lazim di Portal Pengeluaran Khas untuk maklumat lanjut,” katanya.

Menurut KWSP, pemohon yang sudah membuat permohonan itu tidak perlu risau sekiranya laman ‘Terima Kasih’ terpapar diakhir proses permohonan dan bermakna permohonan mereka sudah diterima. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here