Wakil tetap Malaysia ke ASEAN meninggal dunia

0
2

WAKIL Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta, Kamsiah Kamaruddin meninggal dunia malam ini.

Berita sedih itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi Facebook miliknya.

“Innalillahiwainnailayhiraji’un. Sedih dan pilu mendapat perkhabaran duka daripada Jakarta bahawa Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, PYT Kamsiah Kamaruddin telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi.

“Allahyarhamah telah berkhidmat di Wisma Putra sejak 1992 dan pernah bertugas di Thailand serta Singapura. Manakala Suami Allahyarhamah merupakan Duta Besar Malaysia ke Filipina.

“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang dikasihi-Nya, dan didoakan keluarga tabah menghadapi cabaran ini. Al-Fatihah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here