MySejahtera milik penuh kerajaan – KJ

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan semua data dan maklumat yang diperolehi menerusi penggunaan aplikasi MySejahtera adalah hak milik penuh dan mutlak kerajaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata sebelum aplikasi itu dilancarkan pada 20 April 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pihak kerajaan telah memeterai Perjanjian Ketakdedahan (NDA) dengan KPISOFT Sdn Bhd pada 1 April 2020, dengan terma yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Katanya, antara terma utama yang terkandung dalam perjanjian NDA itu, termasuklah berkenaan hak milik setiap data dan maklumat yang diperolehi menerusi penggunaan MySejahtera adalah hak milik penuh dan mutlak Kerajaan.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa segala data yang tersimpan di dalam pangkalan data MySejahtera adalah terpelihara dan hanya bagi tujuan kawalan pandemik oleh KKM sahaja.

“Dalam hal ini, penggunaan dan pengurusan data MySejahtera adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 (Akta 50) dan piawaian antarabangsa,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan mengenai isu membabitkan MySejahtera di Dewan Negara, hari ini.

Sebelum ini, Khairy J meminta Yang Dipertua Dewan Negara untuk membenarkan usul mengenai isu MySejahtera dibahas dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Khairi berkata, ia susulan terdapat banyak pertikaian mengenai aplikasi berkenaan yang boleh menimbulkan salah faham banyak pihak.

Katanya, adalah lebih baik ia dijawab dalam sidang Dewan Negara kerana memahami kebimbangan masyarakat yang data peribadi mereka disalah guna. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here