JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara sehingga jam 8 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Sarawak dan Sabah.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Temerloh dan Rompin), (Kuantan dan Pekan) dan Johor (Kluang), (Segamat dan Mersing).
“Selain itu, Sarawak: Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Betong), Sarikei (Pakan), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Kapit), Miri (Subis dan Marudi) dan Limbang.
“Serta Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) sehingga 8 malam; Khamis, 31 Mac 2022,” menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

