Harimau kumbang betina 40kg ditangkap di Jerantut

0
2

SEEKOR harimau kumbang betina seberat 40 kilogram (kg) berjaya ditangkap di FELCRA Kampung Som, Jerantut, Pahang.

Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) memaklumkan tangkapan itu dilakukan dalam satu operasi pada 27 Mac lalu.

Menurutnya, perangkap telah dipasang sejurus menerima maklumat kehadiran hidupan liar terbabit oleh penduduk kampung pada 22 Mac di lokasi tangkapan.

Perangkap telah dipasang sejurus menerima maklumat kehadiran hidupan liar terbabit oleh penduduk kampung pada 22 Mac di lokasi tangkapan.

“Operasi ini telah melibatkan Bahagian Konservasi Ex-Situ Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN, Jabatan PERHILITAN Daerah Jerantut, Temerloh, Maran dan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Jenderak Selatan, Pahang,” katanya menerusi Facebook.

Menurut PERHILITAN, pemeriksaan awal oleh Pegawai Veterinar mendapati harimau tersebut berada dalam keadaaan yang sihat sepanjang operasi dijalankan dan ia telah selamat dipindahkan ke habitat yang sesuai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here