Farzana Hayani tawar diri tanding Exco AMK

0
2

KETUA Srikandi Keadilan Melaka, Farzana Hayani Mohd Nasir menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan PKR tidak lama lagi.

Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) berusia 22 tahun itu mengumumkan demikian menerusi satu hantaran bergambar yang dimuatnaik di Facebooknya semalam.

“Salam pemilihan, doakan saya ya,” katanya ringkas.

Farzana Hayani adalah calon termuda Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lalu.

Dalam PRN itu, beliau bagaimanapun tewas dalam saingan empat penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai. – Malaysiapost

Kredit foto: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here