Gempa kuat melanda Kepulauan Loyalty

0
2

GEMPA bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty, awal pagi tadi.

Kejadian bagaimanapun tidak membabitkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada 4.57 pagi yang berpusat di 912 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 49 km.

“Satu gempa bumi kuat telah berlaku dengan maklumat parameter berikut iaitu di koordinat: 22.8 darjah Selatan 170.5 darjah Timur, Tenggara Kepulauan Loyalty dengan magnitud 6.5 skala Richter.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan kenyataan pada jam 5.13 pagi tadi itu adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here