Teruskan komponen MySejahtera Trace – Najib

0
2

KOMPONEN MySejahtera Trace patut diteruskan sekurang-kurangnya enam bulan agar rakyat tidak tiba-tiba terperangkap sekiranya ada varian baharu, biarpun ‘check-in’ dimansuhkan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata MySejahtera Trace menggunakan tekonologi bluetooth untuk mengenal pasti secara automatik siapa yang pernah berdekatan dengan mereka yang disahkan positif Covid-19.

“Ia tidak membebankan pengguna, tidak mendedahkan lokasi atau butiran pengguna dan adalah cara pengesanan kontak rapat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum membuat keputusan sama ada amalan daftar masuk (check-in) ke premis menerusi aplikasi MySejahtera, dihentikan.

Khairy berkata KKM akan meneliti corak pergerakan dan jangkitan Covid-19 berikutan pembukaan sempadan negara dan kelonggaran dibenarkan mulai 1 April ini.

“Sekiranya tiada perubahan ketara dalam tempoh beberapa minggu, kita boleh hentikannya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here