Diana Danielle jelaskan bila akan berhijab

0
2

AKTRES jelita Diana Danielle tampil bersuara terhadap isu bilakah dia akan terbuka hati untuk mengenakan hijab.

Menurutnya, memakai hijab bukan sekadar mahu kelihatan cantik, sebaliknya mesti mempunyai komitmen terhadap agama.

“Memberitahu seseorang bahawa mereka kelihatan cantik jika mereka memakai tudung adalah…

“Anda memakainya untuk kesederhanaan- untuk menunjukkan komitmen terhadap agama anda, bukan untuk kelihatan lebih cantik,” ciapnya di Twitter.

Isteri kepada pengarah dan pelakon Farid Kamil itu turut berpendapat konsep ‘lagi cantik bila pakai tudung’ tidak menepati konteks yang betul dan dia akan memakai hijab kerana Allah walaupun ditakdir kelihatan tidak cantik sekalipun.

“Lagi cantik bila pakai tudung, tak kena dengan context. Lawa tak lawa, kalau saya dah nak pakai, saya akan pakai kerana Allah,” ciapnya lagi.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi, malah ada yang mendoakan agar Diana dilembutkan hati untuk mengenakan hijab kelak.

“Mudah mudahan Allah lembutkan hati awak untuk bertudung dan ingat tak perlu nak komen macam mana sebab kita tak tahu apa niat orang bila dia cakap macam tu mungkin ia satu bentuk galakan, supaya orang tu berubah.”

“Cakap macam pandai..Tapi bodoh.”

“Kadangkala orang puji seperti itu untuk memberikan anda galakan. Untuk meningkatkan keyakinan itu sahaja. Terimanya dengan hati terbuka. Apa sahaja nada percakapan dan niat hati mereka tolak ketepi.”

“Kalau puji cakap you look less sinful with tudung on. Lagi pelik rasanya,” komen netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here