Tanam ganja: Penyanyi nasyid akan didakwa esok

0
1

PENYANYI nasyid dan komposer yang ditahan kerana menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Khamis lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, memaklumkan suspek berusia 47 tahun itu akan didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 B akta sama, lapor Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan kegiatan penyanyi nasyid yang juga komposer muzik menanam pokok ganja terbongkar selepas kediamannya diserbu polis.

Dalam serbuan pada jam 5.30 petang, polis menemukan 17 pokok dalam pasu disyaki ganja di bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Mohamad Fakhrudin dilapor berkata, polis turut menemukan dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram.

Selain itu turut ditemui, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan. – Malaysiapost

Kredit foto: Astroawani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here