Syarikat Qatar bakal labur RM8.1b bina rumah mampu milik di Malaysia

0
2

PERBADANAN PR1MA Malaysia (PR1MA) bakal berkolaborasi dengan Qatar Investment Authority (QIA) dalam usaha membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan PR1MA hari ini, kolaborasi itu melibatkan cadangan pelaburan bernilai RM8.1 billion bagi QIA meneroka peluang pelaburan di Malaysia terutamanya dalam sektor perumahan.

Pembentangan korporat oleh Pengurusan Kanan PR1MA bersama Qatar Investment Authority (QIA) disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha strategik Malaysia untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

“Dalam mesyuarat antara pihak PR1MA dan QIA, QIA telah menyatakan hasrat untuk meneroka peluang kerjasama bersama PR1MA melalui anak syarikat nya.

“Perbincangan selanjutnya akan diadakan dalam masa terdekat bagi meneliti peluang pelaburan di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Turut hadir dalam pembentangan tersebut ialah Pengerusi PR1MA, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya; Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Seri Mohd Nazri Md. Shariff serta Amir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani.

Antara dibentangkan PR1MA adalah cadangan kolaborasi strategik antara PR1MA dan QIA untuk membangunkan model perniagaan terbaik lestari demi mendukung gerak kerja para kontraktor yang bekerja dengan PR1MA untuk menggalas mandat membina 100,000 unit rumah mampu milik berkualiti tinggi.

“Aspirasi ini selari matlamat ke-11 United Nations Sustainable Development Goals (UNSDG) iaitu menjadikan bandar dan penempatan penduduk inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan di samping membuka akses kepada perumahan yang mencukupi, selamat dan mampu milik menjelang 2030,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here