Polis buru kumpulan samun peralatan komputer RM70,000

0
2

POLIS kini mengesan kumpulan penjenayah yang memecah masuk sebuah premis di Bandar Damai Perdana Cheras dan melarikan peralatan komputer dianggarkan bernilai RM70,000 pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan polis mengenai kejadian itu pada jam 9.35 pagi Sabtu lalu daripada seorang lelaki yang juga pengawal keselamtan di premis perniagaan terbabit

Menurutnya, ketika sedang bekerja pengawal keselamatan lelaki warga tempatan itu mendakwa diserang sekumpulan kira-kira 15 lelaki yang menggunakan kayu baseball.

“Suspek memecah masuk ke dalam premis dan melarikan barangan komputer yang berada di dalam premis di tingkat satu yang dianggarkan bernilai RM70,000.

“Suspek dalam kejadian ini menggunakan kenderaan jenis Nissan Navara warna kelabu, van Toyota Hiace warna putih, Perodua Alza warna putih dan Proton Exora juga warna putih,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kenderaan pengawal keselamatan terbabit juga rosak susulan cuba menghalang suspek melarikan diri ketika kejadian, namun pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Polis sedang mengesan suspek dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebarang,” katanya.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi IPD Kajang di talian 03-8914222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Atau terus hubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abiding ditalian 016-9985730 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu tular satu video berdurasi tiga minit 49 saat memaparkan kejadian sebuah premis dipecah masuk dan kelihatan sebuah kereta yang dipandu seorang cuba menghalang kejadian berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here