SEORANG lelaki ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di tepi jalan berhampiran perumahan Iskandar Malaysia (PRISMA), Johor tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menerima panggilan daripada orang awam pada jam 12.03 tengah malam tadi.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awam itu terdapat sebuah kereta terbakar di tepi jalan Bahagian luar perumahan Iskandar Malaysia dan ada seseorang terperangkap di dalamnya.

“Hasil siasatan dan temubual terhadap saksi awam mendapati sebuah kereta berhenti di tepi jalan berkenaan dalam keadaan enjin hidup, lampu menyala dan terbakar
“Siasatan ditempat kejadian mendapati seorang lelaki telah terbakar dan pemeriksaan telah dijalankan serta mendapati tiada butiran atau pengenalan diri mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, tiada sebarang barangan berharga yang dijumpai bersama mangsa dan mayat telah dikeluarkan oleh anggota Forensic Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan bantuan bomba.
“Mayat mangsa yang dalam keadaan renting hampir seluruh badan, tangan dan hari terputus telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk dibedah siasat.
“Waris dan keluargaangsa masih dikesan,” katanya. – Malaysiapost

