MB Kedah pamer aksi padu di padang bola 

0
2

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuktikan dirinya bukanlah calang-calang apabila beraksi di padang bola sepak. 

Menerusi satu video yang tular di media sosial hari ini, Presiden Kedah Darul Aman FC itu melakukan tendangan volley dari luar kotak penalti yang cantik. 

Sepakan kaki kanannya itu melepasi jangkauan penjaga lawan, namun terkena tiang gol sebelum bola dikeluarkan oleh pemain pertahanan. 

Beliau beraksi dalam perlawanan persahabatan antara pasukan veteran MB melawan veteran polis di Stadium Darul Aman di Alor Setar malam tadi. 

Ia sempena perlawanan akhir dan majlis perasmian penutup kejohanan bola sepak 9 sebelah terbuka Piala Ketua Polis Kedah. 

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Muhammad Sanusi berkata: “Saya masih Kedah walaupun depa bagi jersey biru merah.” – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here