Anak Lan Solo masuk hospital alami sesak nafas

0
2

ANAK lelaki, penyanyi Lan Solo, Muhammad Akid Qassyaff,7, terpaksa ditahan di wad selepas mengalami sesak nafas, semalam.

Perkara itu dikongsikan Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 37 menerusi Instagram miliknya hari ini.

Lan berkata, anaknya mengalami semput ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai program di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) malam tadi.

Katanya, susulan itu, dia bersama isteri terus membawa anak mereka ke hospital dan doktor menyarankan Akid dimasukkan wad kerana keadaannya tidak berapa baik serta memerlukan pemeriksaan lebih lanjut.

“Balik dari program SBM kat WTC malam tadi terus ke hospital sbb Akid semput lagi

“Lepas doc ambik darah & X-ray.. keputusan tak ok dan perlu masuk wad untuk selanjutnya,” katanya.

Lan berkata, dia menguruskan semua hal berkaitan Akid dari jam 11 malam, sebelum anaknya dibenarkan masuk ke wad jam 5 pagi tadi.

Dalam masa sama, dia turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan kepada anaknya.

“Alhamdulillah jam 5 pagi tadi baru dapat masuk wad. Doa untuk Akid ya. Moga ada doa di antara kalian yg Allah angkat. Insya-Allah,” katanya.

Lan mendirikan rumah tangga dengan Nur Sheila Hassim pada Disember 2009, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 8, Akid dan Nur Amna Quzandra, 4. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here