ADUN Kempas dilantik Setiausaha Politik MB Johor

0
1

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Ramlee Bohanee, dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ramlee yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pulai mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Onn Hafiz di pejabat Menteri Besar, pagi tadi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini, Ramlee memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas dalam persaingan empat penjuru.

Sementara itu, Onn Hafiz memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebooknya selain mengucapkan selamat bertugas kepada Ramlee.

“Syukur Alhamdulillah. Tahniah Datuk Ramlee Bohani yang juga merupakan ADUN Kempas.

“Beliau baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, sebentar tadi. Selamat menjalankan tugas Datuk,” tulisnya ringkas di Facebook.

Onn Hafiz yang juga cicit kepada Pengasas dan bekas Presiden UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 pada 18 Mac lalu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

Semalam, seramai 10 ADUN mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) kerajaan negeri di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here