Umno bukan ‘parti atuk-atuk’ – Shahrir Samad

0
3

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Samad, berkata penerimaan pengundi Johor terhadap barisan pemimpin muda Umno membuktikan Umno bukan ‘parti atuk-atuk’ yang terperangkap dalam perjuangan lama.

Shahrir berkata, keadaan itu juga sekali gus membuktikan bahawa Umno mempunya ramai pemimpin pelapis yang tidak terhadap kepada generasi tertentu sahaja.

“Seronok saya melihat golongan muda Umno diterima oleh pengundi-pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang baru lepas.

“Pertamanya, ia membuktikan Umno mempunyai ramai pemimpin pelapis dan tidak terhad kepada satu-satu generasi tertentu sahaja.

“Maka Umno bukanlah sebuah ‘parti atuk-atuk’ yang didakwa terperangkap dalam perjuangan lama,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Shahrir yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru berkata, sungguhpun berideologi konservatif, tetap mampu bersikap progressif.

“Keduanya, pemimpin-pemimpin pelapis Umno telah diberikan peluang untuk menjadi calon parti dalam dua PRN berturut.

“Syabas Pergerakan Pemuda Umno Malaysia di bawah Datuk Dr Asyraf Wajdi, yang telah bersungguh-sungguh membawa keremajaan parti sehingga diterima sebagai satu fakta penting dalam kebangkitan Umno semenjak PRU14,” katanya.

Terdahulu, pada PRN Johor lalu, kesemua lima calon Pemuda Umno yang bertanding menang di kerusi-kerusi masing-masing.

Lebih menarik, Datuk Najib Samuri yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani berjaya mengalahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan daripada Amanah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here