Tiada tindakan undang-undang dikenakan pada kumpulan belum ambil dos penggalak

0
1
vaksin uitm

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan tiada sebarang tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap penerima vaksin Sinovac yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.

Beliau berkata, ia kerana dari segi undang-undang, kerajaan tidak mewajibkan pengambilan vaksin kepada rakyat di negara ini.

“Tiada tindakan undang-undang… Ia bukan wajib dari segi undang-undang. Kalau ada pun, (individu tidak lengkap vaksin) tak dapat menikmati beberapa kelonggaran (seperti penerima) vaksin penuh.

“(Tidak mengambil dos penggalak) akan ada kesan (apabila dijangkiti Covid-19). Tetapi tidak wajib secara undang-undang. Kita masih lagi meyakinkan (masyarakat),” katanya dalam sidang media, hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam siaran di media sosial menganggarkan 2.37 juta rakyat Malaysia akan kehilangan status vaksin lengkap menjelang 31 Mac 2022.

Berhubung perkara itu, Khairy berkata, kumpulan itu akan dipujuk untuk mengambil dos penggalak.

“Ini kerana bukan saja dari segi untuk kemudahan mereka tetapi kebaikan yang mereka dapat dengan dos penggalak.

“Ramai cakap saya tak nak, tak perlu. Untuk penerima Sinovac (sebelum dos penggalak) ia berkesan untuk hindari kematian dan keterukan akibat Covid-19.

“Tetapi selepas beberapa bulan menurun (kesan imuniti). AstraZeneca dan Pfizer pun menurun tetapi Sinovac agak ketara menurun. Jika jangkit gejala tak teruk sangat selepas menerima dos penggalak,” katanya.

Katanya, untuk vaksin Sinovac lengkapnya adalah tiga iaitu dua dos campur satu dos lagi.

“Ini adalah amalan antarabangsa bukan amalan KKM saja. Di Singapura juga layanan tanpa kuarantin untuk Sinovac adalah tiga dos,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here