Sudah tiba masanya…. – Najib

0
2

DATUK Seri Najib Razak percaya kini masa terbaik untuk Malaysia kembali memiliki kerajaan yang mempunyai visi, berwawasan, dan kukuh dengan majoriti jelas.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Malaysia amat memerlukan kerajaan yang berwibawa dan mampu mentadbir dengan cemerlang.

“Malaysia perlu fokus kepada pertumbuhan ekonomi dan pendapatan. Bukan sekadar cakap dan janji sahaja tetapi hasilnya perlu ada,” katanya hari ini.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, Najib turut berkongsi beberapa gambar beliau menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa Pulau Pinang, hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu juga menegaskan, Malaysia telah mensia-siakan masa selama empat tahun untuk mengharungi situasi ketidakstabilan kuasa mahu pun ekonomi.

“Masa depan negara di tangan rakyat. Ke mana kita hendak menuju kepada? Ramai sedar bahawa kita perlu kembali kepada landasan pembangunan semula.

“Empat tahun kita menghadapi ketidakstabilan. Saya percaya sudah tiba masanya.

“Banyak yang perlu dilakukan untuk kembalikan keyakinan pelabur dan peniaga dengan dasar yang konsisten dan jelas, serta kestabilan yang menjamin masa depan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here