Pertemuan menteri, timbalan menteri jadi tanda tanya

0
2

BEBERAPA menteri dan timbalan menteri daripada Umno dilapor mengadakan pertemuan di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya pagi ini.

Menurut Berita Harian, pergerakan keluar masuk menteri dan timbalan menteri dapat dilihat sejak awal pagi tadi.

Antara yang dilihat memasuki pintu masuk hotel berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang tiba pada jam 8.45 pagi, serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim, pada jam 9.37 pagi.

Turut kelihatan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Bagaimanapun, tiada maklumat menyatakan tujuan pertemuan itu.

Pagi ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berada di PULAPOL di ibu negara bagi menghadiri Perbarisan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215.

Menteri dan timbalan dilapor akan menghadiri Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Malaysiapost sedang berusaha mendapatkan maklumat berhubung pertemuan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here