SEORANG penyanyi nasyid dilaporkan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes berkaitan dadah.
Memetik laporan Bernama, penyanyi tersebut ditahan di sebuah kondominium di Kota Damansara, petang semalam.
Penahanan penyanyi nasyid itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi Bernama.
“Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu,” katanya. – Malaysiapost

