MP tak hadir undi sabotaj kerajaan sendiri – Guan Eng

0
2

PENGERUSI DAP Lim Guan Eng, menegaskan penolakan usul kerajaan pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Dewan Rakyat, semalam bukanlah salah Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Bagan itu mendakwa ia berpunca daripada Ahli-ahli Parlimen daripada blok kerajaan yang gagal hadir ke Parlimen ketika usul berkenaan di undi, sekaligus mensabotaj kerajaan sendiri.

“Bukan salah PH tak patuhi memorandum persefahaman (MoU), tetapi salah anda (Ahli Parlimen kerajaan) tak hadir undi dan sabotaj kerajaan sendiri.

“Bila kerajaan sendiri tak runding dengan kami terlebih dahulu menurut MoU, jangan salahkan orang lain,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Sesi petang Dewan Rakyat, semalam hangat apabila blok pembangkang buat pertama kalinya menang dalam penentuan undi belah bahagi dalam usul dibawakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Penolakan usul berkenaan menyaksikan kerajaan gagal melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Melalui undi yang dijalankan hanya 84 ahli Parlimen bersetuju berbanding 86 yang tidak bersetuju, manakala seramai 50 orang lagi tidak hadir.

Keadaan itu menyebabkan subseksyen yang membenarkan suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret tidak lagi akan berkuat kuasa selepas ia luput pada 31 Julai 2022. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here