Pulangkan mandat pada rakyat – Isham Jalil

0
3

APABILA usul dibawa oleh kerajaan kalah di Parlimen, ia adalah satu perkara yang penting dan kritikal, kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil.

Menurutnya, keadaan itu menunjukkan bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat di Parlimen dan

“Selama ini saya tidak pernah dengar mana-mana usul dibawa kerajaan dalam Dewan Rakyat gagal atau kalah kerana ditolak secara majoriti oleh Ahli Parlimen. Ini jarang-jarang sekali berlaku atau mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini di Malaysia.

“Biasanya kerajaan akan seboleh-bolehnya memastikan Ahli-ahli Parlimen mereka tetap hadir untuk menang usul dengan jumlah undi yang mencukupi.

“Jika masih kalah maksudnya memang usul itu tidak mendapat sokongan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, perkara itu berlaku semalam apabila usul kerajaan untuk melanjutkan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam undang-undang keselamatan negara di tolak.

“Perkara ini membawa dua implikasi iaitu pertama, perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) dahulu yang mana mereka (PH) kononnya akan menyokong kerajaan adalah suatu penipuan.

“Kedua, apabila kerajaan tidak mampu untuk menang usul di Dewan Rakyat, agak sukar untuk membayangkan yang kerajaan akan mampu menggubal undang-undang dan dasar yang baik untuk memulihkan negara tanpa diganggu-gugat.

“Jika keadaan ini berterusan, pelabur-pelabur akan terus menjauhkan diri justeru rakyat akan kekal tidak ada kerja,” katanya.

Beliau berkata, negara perlu memulihkan ekonomi segera tanpa gangguan pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan seperti sekarang akibat mandat yang telah hilang sejak ‘Langkah Sheraton’ dua tahun lepas.

“Sebab itu cadangan saya ialah supaya kita tidak perlu tunggu empat bulan lagi iaitu sehingga Julai baru hendak bincang untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Jika Parlimen perlu dibubar untuk mengembalikan mandat kepada rakyat bagi mencapai kestabilan politik segera, maka itulah yang perlu dibuat dahulu.

“Ketepikan ego dan kepentingan diri dan jawatan dan kembalikan mandat kepada rakyat. Masa ini adalah masa yang kritikal untuk rakyat dan negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here