SOSMA tidak dilanjurkan, PDRM guna akta lain sedia ada – KPN

0
2

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengambil maklum dan menerima keputusan Dewan Rakyat, semalam yang menolak usul Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melanjutkan tempoh kuatkuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata keputusan itu bermakna selepas 31 Julai ini, SOSMA tidak lagi akan memperuntukkan kuasa penahanan selama 28 hari ke atas individu-individu yang ditahan bagi siasatan membabitkan beberapa kes-kes keselamatan bersifat kompleks.

“Kes-kes berkenaan adalah kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan (Kesalahan Terhadap Negara); kesalahan di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan (Kesalahan Berkaitan Keganasan); kesalahan di bawah Bab VIB Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang); kesalahan di bawah Bab IIIA Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007; dan Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan Luar Negara 2015,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bagi kes-kes melibatkan kesalahan di bawah SOSMA yang disiasat selepas 31 Julai ini, PDRM akan menggunakan peruntukan di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

“Contohnya seperti Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk melaksanakan penahanan melalui proses ran di mahkamah.

“PDRM kekal komited bagi menjalankan siasatan sebaik mungkin dengan menggunakan akta-akta sedia ada yang masih berkuatkuasa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here