Hamzah bentang usul lanjut tempoh kuatkuasa SOSMA

0
2

KERAJAAN hari ini membentangkan usul di Dewan Rakyat untuk melanjutkan tempoh kuatkuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketika membentangkan usul itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pelanjutan selama lima tahun mulai 31 Julai 2022, membolehkan pihak berkuasa terus menggunakan peruntukan kuasa khas mengikut subseksyen tersebut.

Menurutnya, ia juga membolehkan polis melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditangkap dan ditahan mengikut SOSMA sehingga 28 hari.

“Peruntukan Subseksyen 4(5) SOSMA perlu dilanjutkan dan tempoh tahanan 28 hari dikekalkan bagi memberi ruang masa yang cukup kepada polis melengkapkan siasatan kes kesalahan keselamatan yang bersifat rumit dan kompleks.

“Tambahan pula, siasatan kes membabitkan kesalahan keselamatan, terutama jenayah keganasan dan terancang adalah rumit dan kompleks.

“Selain memerlukan masa untuk dilengkapkan bagi mendapatkan keterangan daripada orang yang ditahan ketika pengumpulan bukti berkaitan bagi tujuan pendakwaan, termasuk pengesanan rakan sejenayah yang masih bebas,” katanya.

Hamzah berkata, tempoh kuatkuasa Subseksyen 4(5) SOSMA dihadkan lima tahun bagi mewujudkan elemen semak dan imbang dalam penguatkuasaannya, namun boleh disemak dan dilanjutkan jika mendapat kelulusan Parlimen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here