Sultan Johor kurnia DMIJ kepada 4 individu

0
2

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini berkenan mengurniakan pingat Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu.

Baginda berkenan mengurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor, Ashari Kasnan; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), On Jabbar @ Ja’afar; dan Pegawai Daerah Muar, Mustaffa Kamal Shamsudin.

Manakala, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Suhailizan Suliman, dikurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datin Paduka.

Majlis pengurniaan darjah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini.

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini berkenan mengurniakan pingat Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu.

Dalam pada itu, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.

Penerima SIJ terdiri daripada Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Norliyati Md Noor; Setiausaha Bahagian ICT@Johor, Ungku Suzana Ungku Mohammad dan Timbalan Pengarah Pendidikan Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Yosree Ikhsan.

Berangkat sama dalam majlis pengurniaan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ibrahim. – Malaysiapost

Kredit foto: FB Sultan Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here