Zul Ariffin hadir ke SKMM

0
2

PELAKON popular, Zul Ariffin dilaporkan hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya hari ini.

Kehadiran pelakon itu dipercayai bagi memberi kenyataan berhubung tindakannya memuat naik video babak panas dalam drama ‘Perempuan Itu’ lakonannya bersama pelakon baru, Siti Hariesa di Instagram, baru-baru ini.

Difahamkan, Zul yang hadir bersama beberapa individu dilihat berada di pejabat itu sejak jam 10 pagi.

Bagaimanapun, Zul meninggalkan bangunan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Terdahulu, media melaporkan, Zul akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 berhubung klip video adegan panas lakonannya yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Perkara tersebut disahkan Menteri Komunikasi dan Multimedi, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter.

“Proses undang-undang berjalan. Pelakon Zul Arifin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana posting YouTube yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Annuar menegaskan adegan panas seperti dipaparkan menerusi klip video yang dimuat naik pelakon tersebut bersama seorang lagi pelakon wanita tidak dibenarkan untuk disiarkan.

Dalam hantaran sama, Annuar berkata, adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan sama ada di bulan Ramadan atau bulan yang lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here